Generasi kedua (2010–) Honda Insight

Generasi kedua (ZE2)
Maklumat
Juga dikenaliHonda Insight Hybrid
Tahun model2010–
PemasanganSuzuka, Mie, Jepun
KelasPadat
Stail badanHatchback 5 pintu
EnjinSistem Hibrid Honda dengan Eco Assist
Petrol: 1.3 L Siri LDA I4 (1339 cc) 8 injap SOHC i-VTEC
88 hp (66 kW) @ 5800 rpm
121 N·m (89 lb·ft) @ 1000–1700 rpm
Elektrik: Motor DC tanpa berus
13 hp (9.7 kW) @ 1500 rpm
78 N·m (58 lb·ft) @ 1000 rpm
ULEV/AT-PZEV
PenghantaranCVT
Jarak roda2,552 mm (100.5 in)
Panjang4,390 mm (173 in)
Lebar1,695 mm (66.7 in)
Tinggi1,425 mm (56.1 in)
Berat Curb1,237 kg (2,727 lb)
Muatan40 L
BerkaitHonda Jazz/Fit II
Honda City V
Honda CR-Z
Honda Freed
Honda Insight Concept

Pada tahun 2009, Honda memperkenalkan model generasi kedua Insight berasaskan pelantar hibrid khusus serba baharu yang boleh memuatkan 5 penumpang, yang kemudiannya turut digunakan pada Honda CR-Z. Versi konsep kereta hibrid hatchback Insight mula ditampilkan semasa Pameran Kereta Paris 2008[12][13] manakala penampilannya di Amerika Utara ialah semasa Pameran Kereta Los Angeles.[14] Insight baharu ini diklasifikasikan sebagai kereta padat berdasarkan ruang dalamannya.

Bahagian dalaman Honda Insight

Insight baharu ini menampilkan generasi kelima teknologi Bantuan Motor Bersepadu (IMA) Honda. Sistem IMA Insight generasi kedua ini menggunakan enjin 1.3 liter SOHC i-VTEC yang cekap dan ringan serta mampu menghasilkan 88 hp (66 kW) dan kilasan 121 N·m (89 lb·ft). Kilasan tinggi pada rpm rendah ini dihasilkan oleh motor elektrik yang menyumbang 13 hp (10 kW) dan kilasan 78 N·m (58 lb·ft) kepada sistem aliran kuasa, membantu pecutan serta mengekalkan kelajuan pada kelajuan rendah sehingga pertengahan. Motor tersebut bertindak sebagai penjana elektrik semasa membrek, mengekalkan kelajuan serta nyahpecutan lembut untuk mengecas bateri IMA. Motor tersebut juga bertindak sebagai penghidup enjin. Sistem ini akan bertukar kepada motor penghidup elektrik konvensional 12 volt jika sistem IMA lumpuh atau sekiranya kereta tidak dapat dihidupkan semasa suhu terlampau sejuk. Sebagai ciri keselamatan tambahan, konfigurasi hibrid Honda membolehkan kereta tersebut beroperasi seperti kereta petrol biasa walaupun sekiranya sistem hibrid IMA lumpuh sepenuhnya.

Transmisi boleh laras berterusan (CVT) Honda menyediakan nisbah gear tidak terhingga bagi memastikan enjin beroperasi pada banjaran yang paling cekap. Nisbah gear hadapan adalah antara 3.172–0.529 manakala nisbah gear undur pula adalah antara 4.511~1.693. Nisbah penurunan akhir pula ialah 4.20:1.

Sistem IMA Insight ditenagai pek bateri nikel logam hidrida leper yang terletak di bawah lantai kargo di antara roda belakang. Bateri 84 modul tersebut dikilangkan oleh Panasonic serta menghasilkan voltan sistem nominal 100.8 volt dengan kapasiti nominal 5.75 ampere-jam.[15] Kadar ketumpatan kuasa modul bateri ini adalah 30 peratus lebih tinggi daripada modul bateri Civic Hybrid generasi sekarang. Bateri ini dicas secara automatik melalui kuasa enjin, jika diperlukan, serta melalui pembrekan jana semula semasa nyahpecutan. Sistem pengurusan kuasa elektronik, modul bateri serta sistem penyejukan kesemuanya dimuatkan dalam pek bateri IMA tersebut.

Sistem Honda ECO ASSIST

Insight baharu ini merupakan model hibrid Honda pertama yang menampilkan Sistem Bantuan Pemanduan Ekologi (ECO ASSIST). Sistem ini direka bagi membantu pemandu membentuk serta mengekalkan corak pemanduan yang menjimatkan bahan api. Sistem ini memantau serta memaparkan kesan positid atau negatif gaya pemanduan seseorang terhadap penjimatan bahan api kenderaan.

Sebagai alat bantu visual, cahaya latar meter laju digital Insight berwarna hijau jika kereta dipandu dengan cara yang cekap. Pemanduan yang kurang cekap sedikit akan menjadikan meter laju mengeluarkan cahaya biru-hijau. Pecutan dan nyahpecutan agresif yang banyak menggunakan minyak akan mengakibatkan meter menyala biru. Dengan memerhatikan perubahan warna cahaya latar meter laju, pemandu dibantu dari segi pembangunan tabiat pemanduan yang lebih minjimatkan minyak.

Sebagai tambahan, ECO ASSIST turut menyertakan butang ECON khas yang menghidupkan pelbagai fungsi yang meningkatkan penjimatan bahan api bagi sistem IMA dengan hanya satu sentuhan butang. Dalam mod ECON, pemandu terpaksa mengorbankan prestasi untuk meningkatkan penjimatan bahan api tetapi berupaya memperoleh beberapa manfaat berikut:

  • Meningkatkan potensi mengaktifkan fungsi Hentian Melahu dengan lebih cepat
  • Mengendalikan pendingin udara lebih kepada mod kitar semula
  • Mengurangkan kelajuan kipas pendingin udara
  • Mengoptimumkan masukan sudut pendikit serta operasi CVT
  • Mengehadkan kuasa dan kilasan sebanyak 4 peratus

Secara keseluruhannya, ECO ASSIST direka untuk membantu pemandu mengguna pakai pendekatan yang seimbang antara pemanduan lebuh raya dan pemanduan bandar raya yand cekap. Walau bagainamapun, pihak EPA mendapati semasa ujian penjimatan bahan api dengan menghidupkan mod ECO ASSIST "tidak memberi apa-apa kesan" terhadap penarafan penjimatan bahan apinya. "Ia menjadikan tindak balas pendikit lebih santai, maka pemandu ujian mengatasinya dengan menekan injak pendikit lebih kuat untuk mencapai kelajuan yang diperlukan." [16]


Rujukan

WikiPedia: Honda Insight http://autospeed.com/cms/A_110187/article.html http://www.autoweek.com/apps/pbcs.dll/article?AID=... http://www.businessweek.com/news/2010-03-18/honda-... http://www.caranddriver.com/features/09q3/the_trut... http://reviews.cnet.com/8301-13746_7-10056658-48.h... http://money.cnn.com/magazines/fortune/fortune_arc... http://www.detnews.com/article/20090511/AUTO01/905... http://automobiles.honda.com/insight-hybrid/blogde... http://corporate.honda.com/GovRelations_DCTM/Press... http://world.honda.com/news/2009/4090218Hybrid-Veh...